i hope it's ok to paste someone story in my blog...satu pengajaran dan keinsafan for all...it's from a well known photographer in Malaysia...i often visit his fotopages to admire his photography...today it was another story...just wanted to share with u guys his kesedihan...
Terima Kasih Emak!
Baru hari ni saya dapat kumpulkan semula kekuatan saya yang berderai2 semasa pemergian Ibu saya yg tersayang. Dengan pemergiannya, saya hilang inspirasi saya sejak saya boleh mengenal hidup lagi. Memang setiap anak menganggap ibu mereka adalah ibu yang terbaik sekali. Untuk ibu saya, dia menganggap anak dia adalah anak2 yang terbaik sekali. Di lahirkan dan dibesarkan kira2 54 tahun lalu dan di label sebagai "Anak Sial" oleh ibunya sendiri, mak saya di jaga oleh neneknya. Pelajaran bukan sesuatu yang penting. Pada umurnya 9 tahun lagi, arwah ibu saya dah mula bekerja membasuh kain di rumah2 Tuan-tuan pada masa itu. Dengan gaji sebulan RM30, mak menagih kasih dgn ibu dan bapa kandungnya sendiri. Habis gaji setiap bulan RM30 diberikan dgn harapan, dapatlah kasih sayang seorang ibu dan bapa. Malangnya, duitnya di ambil, kasih sayang tak diberi. Emak tak pernah hidup senang. Sehingga lah emak berkahwin dgn ayah pun, emak cuma ada sehelai sepinggang. Memang perasan dalam banyak gambar2 emak masa muda dulu, emak byk pakai baju yang sama. Emak tak kisah. Emak tak pandai membaca, habis anak2 di suruhnya belajar membaca supaya tak jadi macam dia. Semasa sekolahkan saya dan adik2 saya, mak bergolok bergadai. Pajak gadai dah jadi destinasi tetap selang beberapa bulan. Tapi pada dia, anak2 dia tak sepatutnya tidak berpelajaran dan anak2 dia BERHAK mendapat kasih sayang dan perhatian dari "mereka". Emak taknak anak2 jadi macam dia. Pada awal tahun ni, lepas saya hantar adik bongsu saya ke UiTM, Emak menangis sedih...pasal tinggal emak dgn ayah berdua sahaja. Tapi emak gembira dan dia pernah cakap "Kalau lepas ni emak mati pun, emak puas hati anak2 emak berjaya". Justeru, saya berjanji...SAYA AKAN TETAP TERUS MENJADI KEBANGGAN EMAK!! Umur emak tak panjang. Emak dah sakit sejak lahirkan adik bongsu saya pada 1988. Kelahiran melaluhi pembedahan di campur dgn sedikit kencing manis keturunan menyebabkan komplikasi dalam kesan pembedahan. Mungkin itu yang menyebabkan emak menanggung sakit sejak 1988 sehingga 2001. Pada 2001 penyakit emak akhirnya dikesan dan pembedahan untuk membuang ketumbuhan dan rahim emak pada kami satu kelegaan. Sekurang2nya kami berharap emak akan kembali sihat seperti sedia kala. Emak sembuh tetapi selang beberpaa bulan, penyakit emak dtg semula. Doktor klinik kesihatan dan juga klinik2 swasta semua dah di cuba dan cara tradisional mana yang belum dicuba...semuanya hampa. Emak masih tetap sakit. Emak saya tak macam orang lain, dia berjalan 10 langkah pun dah penat. Tapi masa muda dulu, kelapa sawit 50Kg pun dia pikul atas kepala dia. Kereta tolak sarat dgn sawit dgn berat lebih dari 100kg pun dia sorong. Emak sgt kuat menahan kesusahan dan keperitan hidup. Pada tahun 2003, saya bagi emak kereta. Emak happy sangat dan emak boleh pergi jalan2 mana2 emak suka. Setiap kali saya hulurkan nafkah untuk ibu bapa saya...walaupun pada ketika pendapatan saya RM400 sebulan pun, walaupun hanya RM50 pada ketika itu tapi di tatap dan dicium duit tu dgn penuh bangga, itu hasil titik peluh anak yang pernah di kandungnya dulu. Lantas kebiasaannya saya akan dengar perkataan ini "Syukur Alhamdulillah, harap2 rezeki Angah lebih murah lagi". Alhamdulillah, doa nya makbul. Lebih2 lagi setelah penglibatan serius saya dalam perniagaan photography yang semakin menjadi2 dari penghujung 2004, banyak yang telah diadakan untuk kemudahan emak sedikit demi sedikit. Emak suka sangat masa tu. Masih teringat segar dlm ingatan saya bila emak senyum. Senyuman yang saya akan rindukan selama-lamanya. Selepas office saya dirompak tempohari, saya takut nak beritahu emak pasal takut dia risau. Tapi seminggu selepas tu, saya tak sampai hati nak sembunyikan dan saya kongsikan seperti kebiasaannya. Emak tempat saya berkongsi berita susah dan senang sebelum ni (sebelum saya berkahwin), sekarang apa2pun...isteri saya akan tahu dahulu. Tahu pasal rompakan tu, mak saya terus jadi sesak nafas. Dalam sembahyang Asar nya, ayah cerita emak berdoa sampai menangis2 minta saya diselamatkan dari kemelut financial disebabkan rompakan tu. Allah maha BESAR, doa mak saya dikabulkan. Keesokan harinya, saya dapat 2 deal yang BESAR pada hari yang sama. Project yang saya ratingkan terbesar sepanjang tahun ini dan shooting yang melibatkan seluruh malaysia dan juga Dubai. Tak di jangka tapi doa emak kepada anaknya...tidak ada perantaranya. Serentak dgn itu, saya sempat khabarkan kepada emak saya...2 hari sebelum emak saya dimasukkan ke hospital. Saya beritahu "Emak, tahun ni kita boleh raya besar2an, Angah dah recover dari kecurian office, ada rezeki lebih sikit, tahun ni kita raya sama2 satu keluarga kita buat satey, dan angah bawak balik kereta baru". Emak gembira sambil cakap "Syukur Alhamdulillah angah, emak doa rezeki angah dgn intan akan lebih murah lagi selepas ni". 2 hari selepas tu, mak saya dimasukkan ke hospital. I dropped everthing in my hand and made my way to the hospital. Emak nampak LESU sangat. Saya beri dia semangat untuk melawan penyakitnya. Saya tahu emak saya kuat. Adik emak yang 10 tahun beza umur sakit macam emak tapi tahan 2 tahun shj. Tapi adik emak tu selalu sebut pasal nak mati. Tapi emak dah bertahan dari 1988 hingga 2007. Hampir 20 tahun melawan penyakit. Tapi kali ni....emak tewas. Emak mengalah pada ketentuan yang telah tiba. Emak meninggalkan kami semua dalam tidur yang aman di atas katil hospital. Kami adik beradik Abg Along, Adi, Saya dan Razi dgn sorang Adik emak saya sendiri yang memandikan mak kami. Itulah kali pertama dan kali terakhir kami memandikan emak. Untuk pertama kali saya lihat muka emak tersenyum semasa jenazahnya dimandikan. Itulah rupa emak sebelum 1988. Tersenyum tanpa kesakitan yang ditanggung lagi. Senyum yang menggambarkan keamanan dan ketenangan untuk mengadap Rob'Ul Jalil. Sehingga ke liang lahad kami hantar ibu kami. Dalam tangisan kami berikan kucupan yang terakhir sebelum emak di kapankan. Kami ucapkan..."Terima Kasih Emak, selamat berjumpa lagi nanti". Di sebalik senyuman Arwah semasa dikapankan, saya terlihat cerita2 kesusahan arwah membesarkan kami sehingga berjaya. Arwah pergi dengan tenang. Pengebumian yang sgt lancar. Setibanya di liang lahad, kami tarik sahaja tikarnya terus emak tersendeng ke arah kiblat. Dan terus disemadikan tanpa apa2 masalah. Ketibaan jenazah emak dari hospital disambut oleh pagi yang damai dan hujan renyai dan juga jaluran pelangi pagi. Selepas pengebumian, hujan turun selebat2nya selama 1 minggu. Dalam hati saya...sentiasa merindukan emak. Sehingga sekarang, Emak tak pernah mati dalam diri saya. Darah emak yang mengalir dalam badan kami, membawa semangat..."PANTANG MENYERAH KALAH" dan semangat itu masih kuat dan semakin utuh dari hari ke hari. Emak...I MISS YOU MAK!!
Anak Emak
for further reference click http://saifulnang.fotopages.com/
P/s: to my friends who r married...n myself even..constantly remind our husband to obey n care for thier mothers..n never hurt them..n thou sometimes we do feel dejected wen our husband does more for the mother than us...pls remember...(althou it may be hard..to face) that she has the highest priority as compared to us in our husbands lives and her blessing is upmost important to our marriage...so love our mother in law as much as we love our own mother no matter who they are.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment